PERLEMBAGAAN
GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN TIONGHUA KUANTAN
PERLEMBAGAAN
GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN
TIONGHUA KUANTAN
1.
NAMA
Nama Pertubuhan ini ialah ‘Gabungan
Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan,Pahang.’dan selepas ini disebut Gabungan.
2.
ALAMAT BERDAFTAR
Alamat berdaftar dan alamat surat menyurat
Gabungan ini ialah No.2,Lot 4399,jalan Bukit Ubi.25200 Kuantan.Pahang Darul
Makmur.Alamat berdaftar dan alamat surat menyurat ini tidak boleh diubah tanpa
mendapat Kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.Pindaan alamat
berdaftar dan alamat surat menyurat Gabungan hendaklah diluluskan terlebih
dahulu oleh Mesyuarat Jawatankuasa atau Mesyuarat Agung.
3.
TUJUAN-TUJUAN
Tujuan Gabungan ini ialah:
3.1
Berusaha untuk menjadi
3.2
Membantu Kerajaan mengaturkan majlis-majlis
perayaan seperti Hari Kebangsaan
3.3
Menghubungi Persatuan-persatuan berdaftar di Daerah
Kuantan yang majoriti ahli-ahlinya
terdiri daripada orang-orang Tionghua semoga berkerjasama dengan pihak kerajaan
dalam pembangunan masyarakat,selaras dengan konsep Rukun negara.
3.4
Mempereratkan lagi hubungan di antara
Persatuan-persatuan berdaftar di Daerah Kuantan yang majoriti ahli-ahlinya
terdiri daripada orang-orang Tionghua.
3.5 Mempereratkan lagi hubungan dan perpaduan di antara golongan pemuda-pemuda,wanita,dan warga tua dari ahli persatuan gabungan melalui Bahagian Pemuda,Bahagian wanita,dan Bahagian Warga tua Gabungan ini.
3.6 Menubuhkan satu Yayasan Pinjaman bertujuan untuk membuat pinjaman kepada pelajar-pelajar yang miskin untuk melanjutkan pelajaran di universiti/kolej tempatan atau luar negeri.
3.7
Menubuhkan satu Jawatankuasa kecil Rumah Orang Tua.
3.8
Menubuhkan satu
3.9
Menubuhkan satu Jawatankuasa Kecil Tanah Perkuburan
Cina.
3.10 Memberi perhatian
serta cadangan terhadap dasar dan polisi pentadbiran kerajaan yang berkait
rapat dengan kehidupan rakyat.
4.
KEAHLIAN
4.1 Persatuan-Persatuan di Daerah Kuantan yang majoriti ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Tionghua yang telah di daftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 atau yang di daftarkan mengikut Akta Pertubuhan Senaman 1997 boleh memohon untuk menjadi ahli Gabungan ini.
4.2 Permohonan untuk menjadi ahli Gabungan ini hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Setiausaha Kehormat untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Gabungan untuk diluluskan.
5.
PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
5.1
Ahli Gabungan yang ingin menghentikan keahliannya
di kehendaki memberitahu secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat dan segala
hutangnya kepada Gabungan hendaklah dijelaskan terlebih dahulu.
5.2
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang
Gabungan atau bertindak dalam cara yang mencemarkan nama baik Gabungan bolehlah
dipecat atau digantungkan keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang
difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.Sebelum Jawatankuasa memecat atau
menggantungkan keahlian ahli tersebut ,ahli itu hendaklah diberitahu akan
sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis.Ahli tersebut
juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela dirinya.Pemecatan atau
penggatungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau
membatalkan keputusan itu,atas rayuan oleh ahli tersebut.
6.
YURAN MASUK DAN YURAN TAHUNAN
6.1
Yuran Masuk
RM
50.00 (Lima Puluh Ringgit Sahaja)
6.2
Yuran Tahunan
RM 100.00
(Seratus Ringgit Sahaja)
6.3 Ahli Gabungan mesti menjelaskan Yuran Tahunan sebelum 1hb.Jun setiap tahun,Kalau tidak,ahli itu akan kehilangan hak mengundi dan hak dipilih dengan secara otomatik.
7. PERWAKILAN
DALAM MESYUARAT AGUNG
7.1
Tiap-tiap Ahli Gabungan berhak menghantar empat
orang wakil.Setiap wakil mempunyai hak berucap dan hak undi tetapi hanya yang
wakil pertama boleh dipilih.
7.2 Satu senarai nama-nama Perwakilan ke Mesyuarat Agung hendaklah disampaikan dengan cara bertulis kepada Gabungan ini tujuh(7)hari sebelum tarikh yang di tetapkan untuk Mesyuarat Agung tersebut.
7.3 Tiap-tiap Ahli Gabungan dibenarkan menukar Perwakilan mereka,tetapi penukaran secara bertulis hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat Gabungan ini 24 jam sebelum mereka hadir.
8.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAN MESYUARAT AGUNG LUARBIASA
8.1
Jawatankuasa
Gabungan hendaklah menetapkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan dan memberitahu
dengan surat kepada semua ahli-ahli selewat-selewatnya dua puluh satu()21 hari
sebelum, mesyuarat diadakan.Salinan minit mesyuarat yang lepas,laporan tahunan
dan laporan penyata kira-kira tahunan bagi tahun yang lalu yang telah diaudit
seta satu agenda serta tarikh,waktu dan tempat akan dikirimkan bersama dengan
pengumuman itu.Salinan surat-surat juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh
ahli-ahli di tempat urusan Gabungan.
8.2 Mesyuarat Agung Tahunan
hendaklah diadakan selewat-selewatnya pada 30hb.Jun,tiap-tiap tahun dan
perkara-perkara berikut hendaklah dijadikan agenda untuk dibincangkan di dalam
Mesyuarat itu:-
8.2.1 Membentang dan mengesahkan minit
Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
8.2.2 Perkara-Perkara yang berbangkit.
8.2.3 Menerima dan mengesahkan laporan Tahunan
dari Setiausaha Kehormat.
8.2.4 Menerima dan mengesahkan Penyata kira-kira
kewangan bagi tahun lalu yang telah diaudit.
8.2.5 Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa Gabungan
untuk 3 tahun yang akan datang.
8.2.6 Melantik dua orang Pemeriksa kira-kira
untuk 3 tahun yang akan datang.
8.2.7 Membentangkan usul-usul jika ada
(usul-usul bertulis yang diterima oleh Setiausaha Kehormat empat belas(14)hari
sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.)
8.3 Korum Mesyuarat Agung Tahunan
adalah separuh (1/2) daripada jumlah ahli Gabungan yang berhak mengundi atau
dua kali ganda jumlah bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Gabungan ikut mana yang
kurang.
8.4 Sekiranya tidak cukup korum
untuk Mesyuarat Agung Tahunan pada tarikh ditetapkan,maka Mesyuarat berkenaan
akan ditangguhkan dua (2) minggu kemudiannya dan akan bermesyuarat di tempat
dan masa yang sama.Mesyuarat yang ditangguhkan boleh dijalankan tanpa korum
tetapi tidaklah berkuasa membincang dan mengubah undang-undang Gabungan ini.
8.5
Mesyuarat
Agung Luarbiasa boleh diadakan:-
8.5.1 Bila difikirkan mustahak oleh
Jawatankuasa Gabungan.
8.5.2 Atas
permintaan bertulis oleh separuh (1/2) daripada jumlah ahli-ahli Gabungan dengan
menerangkan tujuan-tujuan dan sebab mengadakannya.
8.6
Mesyuarat
Agung Luarbiasa yang diminta oleh ahli-ahli Gabungan hendaklah diadakan di dalam
tempoh tiga puluh(30) hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
8.7
Notis
dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luarbiasa itu hendaklah diedarkan kepada semua
ahli-ahli Gabungan sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh
mesyuarat.
8.8
Fasal
8.3 dan 8.4 di dalam undang-undang ini berkenaan dengan korum dan penangguhan Mesyuarat
Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Luarbiasa,tetapi dengan
syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang
ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luarbiasa permintaan ahli-ahli Gabungtan maka
mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam enam (6) bulan dari tarikh itu
Mesyuarat Aguing Luarbiasa atas permintaaan ahli-ajhli dengan tujuan yang sama
tidak boleh diadakan.
8.9
Setiausaha
hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli
satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan
Mesyuarat Agung Luarbiasa dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya
mesyuarat itu.
9. MENGUNDI
9.1 Ahli-ahli Gabungan yang telah menjelaskan yuran tahunan boleh menghantar wakil-wakil untuk mengundi dan dipilih menjadi ahli Jawatankuasa Gabungan.
9.2 Pengundian hendaklah dijalankan dengan secara sulit.
9.3 Satu Jawatankuasa Pemilihan akan ditubuhkan pada setiap tahun pemilihan untuk Jawatankuasa Gabungan diadakan untuk menjalankan perihal pemilihan.
9.4 Mesyuarat Agung Tahunan akan memilih seramai 15 orang ahliJawatankuasa dalam pemilihan pusingan pertama.Pemilihan pusingan kedua bagi menentukan jawatan-jawatan seperti di ceraian 10.2,mesti diadakan dalam tempoh 7 hari selepas itu.Pemilihan pusingan pertama mesti dijalankan secara pencalonan bertulis dan ubdi sulit.
10. JAWATANKUASA
GABUNGAN
10.1 Jawatankuasa Gabungan ini mempuyai 23 orang Ahli Jawatankuasa yang mana 15 daripada dipilih di dalam Mesyuarat Agung mengikut seksyen 9.4 dan 5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa tambahan daripada wakil-wakil Persatuan Gabungan akan dilantik oleh Jawatankuasa Gabungan,manakala Ketua Muda,Ketua Wanita,atau Ketua Warga Tua Gabungan akan menjawat Jawatan Naib Pengerusi Ketiga secara otomatik Kesemua sama ada dilantik atau dipilih mempuyai tempoh jawatan selama 3 tahun.Pengerusi dan Bendahari tidak boleh memegang jawatan melebihi 6 tahun.
10.2 Jawatan-Jawatan dalam Jawatankuasa Gabungan adalah seperti berikut:
-satu orang Pengerusi
-satu orang Timbalan Pengerusi
-satu orang Naib Pengerusi I
-satu orang Naib Pengerusi II
-tiga orang Naib Pengerusi III
(Ketua Muda,Ketua Wanita,Ketua Warga Tua)
-satu orang Setiausaha Kehormat
-satu orang Penolong Setiausaha Kehormat
-satu orang Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebajikan
-satu orang Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebudayan dan Pendidikan
-satu orang Pengerusi Jawatankuasa Kecil Rumah Orang Tua
-satu orang Pengerusi Jawatankuasa Kecil Dermasiswa
-satu orang
-satu orang Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tanah Perkuburan Cina
-satu orang Pengerusi
Jawatankuasa kecil Hal-Ehwal Kerajaan
-satu orang Pengerusi Jawatankuasa Kecil Perancangan dan
Penyelidikan
-
10.3 Pemegang-pemegang
jawatan dalam Jawatankuasa Gabungan ini hendaklah terdiri daripada warganegara
10.4 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan,maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa dengan mengedarkan Syarat Pekeliling.Syarat-syarat yang berikut hendaklah dianggap sebagai telah diterima:-
10.4.1 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang dan jelas di dalam Surat Pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap Ahli Jawatkuasa:
10.4.2 Sekurang-kurangnya 1/2 daripada ahli Jawatankuasa mestilah mentyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu:
10.4.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak:
10.4.4 Sebarang keputusan yang didapati melalui Surat Pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatakuasa Kemudiannya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
10.5 Setiap jawatan dipilih oleh 15 orang Jawatankuasa Gabungan untuk menjalankan undi..Sesiapa mendapat sokongan berturut-turut akan dilantik atau dipilih dengan tempoh jawatan selama 3 tahun.Pengerusi dan Bendahari tidak boleh dijawatan melebihi 6 tahun.
11. TUGAS-TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
11.1
Tugas-tugas
pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatakuasa.
11.1.1 Pengerusi akan
mempengerusikan segala mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung
serta menyelenggarakan urusan Gabungan ini untuk hal-ehwal luar.Jika keputusan
dalam sebarang mesyuarat undinya adalah seri maka Pengerusi berhak menggunakan
undinya sebagai keputusan muktamad.Pengerusi bolehlah menandatangani cek-cek
Gabungan bersama-sama dengan Bendahari.
11.1.2
Timbalan
Pengerusi akan membantu pengerusi semasa ketiadaannya supaya menjalankan urusan
pentadbiran Gabungan ini.
11.1.3
Naib
Pengerusi Pertama akan menyelenggarakan segala tugas-tugas dalam masa ketiadaan
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.Naib Pengerusi Kedua akan menyelenggarakan
segala tugas-tugas dalam masa ketiadaan Pengerusi,Timbalan Pengerusi dan Naib
Pengerusi Pertama.Satu Naib Pengerusi Ketiga yang dipilih di antara Ketiga Naib
Pengerusi Ketiga sesama sendiri menyelenngarakan segala tugas-tugas dalam masa
ketiadaan Pengerusi.Timbalan Pengerusi,Naib Pengerusi Pertama dan Naib Pengerusi
Kedua.
11.1.4 Setiausaha Kehormat akan menguruskan segala surat-menyurat bagi pihak Gabungan ini,menyiapkan segala minit mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung,menjaga buku minit mesyuarat,buku daftar ahli-ahli Gabungan dan segala dokumen penting Gabungan ini,serta segala tugas yang patut diselenggarakan oleh Setiausaha Kehormat. Setiausaha Kehormat
hendaklah mengirim Minit Mesyuara Agung dan Laporan Tahunan Gabungan kepada Pendaftar Pertubuhan seperti yang diwajibkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam masa 28 hari dari tarikh Mesyuarat Agung diadakan.Setiausaha bolehlah menandatangi cek-cek Gabungan bersama-sama dengan Bendahari.
11.1.5 Penolong Setiausaha Kehormat akan membantu Setiausaha dalam menjalankan tugasnya.
11.1.6 Bendahari akan bertanggungjawab memungut segala yuran ahli Gabungan,menyimpan buku yuran,buku kira-kira wang masuk dan keluar serta menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan.Penyata kira-kira tahunan ini hendaklah diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit yang dipilih di dalam mesyuarat Agung Tahunan.Penyata kira-kira tersebut hendaklah dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Gabungan dan Mesyuarat Agung Tahunan oleh Bendahari untuk diluluskan dalam MesyuaratAgung tahunan. Bendahari tidak
dibenarkan menyimpan wang tunai di tanganya melebihi RM 1,000.00 pada satu ketika dan
semua yang lebih daripada itu hendaklah di masukkan ke dalam Bank atau mana-mana Institusi kewangan di atas nama Gabungan yang difikirkan sesuai oleh Mesyuarat Agung.Tahunan Bendahari bertanggungjawab atas segala wang yang diterima dan dibayar serta diberi kuasa menandatangan cek-cek bagi pihak Gabungan ini bersama-sama dengan Pengerusi atau Setiausaha Kehormat.
11.1.7 Ketua Pemuda bertanggungjawab dalam perihal Bahagian Pemuda Gabungan.
11.1.8 Pengerusi Jawatakuasa Kecil Kebajikan akan bertanggungjawab menjalankan perkara kebajikan seperti memberi bantuan atau pertolongan kepada orang ramai di dalam masa kesusahan.
11.1.9 Pengerusi Jawatakuasa Kecil Kebudayaan dan Pendidikan bertanggungjawab dalam hal ehwal kebudayaan dan pendidikan.
11.1.10Pengerusi Jawatankuasa Kecil Rumah Orang Tua bertanggungjawab dalam hal- ehwal Rumah Orang Tua Gabungan ini.
11.1.11Pengerusi Jawatankuasa Kecil Yayasan Gabungan bertangggungjawab dalam hal membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran di Peringkat Institusi Pengajian Tinggi.
11.1.12
11.1.13Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tanah Perkuburan Cina bertanggungjawab dalam hal-ehwal Perkuburan Cina.
11.1.14Ketua wanita bertanggungjawab dalam perihal Bahagian Wanita Gabungan.
11.1.15Ketua Warga Tua bertanggungjawab dalam perihak Bahagian Warga Tua.
11.1.16Ahli Jawatankuasa Biasa hendalah menghadiri setiap mesyuarat Gabungan menjalankan tugas yang di pertanggungjawabkan kepadanya.
11.1.17Pengerusi
Jawatankuasa Kecil Hal-Ehwal Kerajaan bertanggungjawab mengumpul dan
menghebahkan siaran berkiatan dengan peraturan polisi pihak berkuasa.
11.1.18Pengerusi
Jawatakuasa Kecil Perancangan dan Penyelidikan bertanggungjawab memerhatikan
peristiwa semasa,perubahan polisi dan siaran media kuasa kerja berserta dengan
cadangan penyelesaian.
11.2 Kuasa Jawatankuasa Gabungan
11.2.1 Jawantankuasa Gabungan hendaklah bertanggungjawab menjalankan dasar kewangan dan kemajuan Gabungan.
11.2.2 Jawantankuasa Gabungan boleh menubuhkan Jawatan kuasa-Jawantankuasa Kecil jika difikirkan mustahak untuk menguruskan perkara yang berkenaan.
11.2.3 Jawatankuasa Gabungan ini boleh mengutip derma dari ahli-ahli atau pertubuhan-pertubuhan lain yang berdaftar dengan cara tidak menyalahi undang-undang negara,jika difikirkan mustahak atau sangat perlu.
11.3 Jawatankuasa Kuasa
11.3.1 Jawantankuasa
Kerja ditubuhkan oleh Pengerusi,Timbalan Pengerusi,
Naib Pengerusi l,Naib Pengerusi
ll,Setiausaha,Bendahari, 3 orang lagi dipilih oleh Jawatankuasa Gabungan .
11.3.2 Tugas
dan kuasa bagi Jawatankuasa Kerja
(a) Bertanggungwajab
menjalankan segala keputusan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
(b)
Menguruskan dan melaksanakan
sebarang kerja yang diperlukan.
(c)
Mengemukakan rancangan aktiviti dan belanjawan kewangan kepada Jawatankuasa
Gabungan.
(d) Mengupah atau pecat
kakitangan Rumah Orang Tua dan setiausaha.
12. MESYUARAT JAWATANKUASA GABUNGAN
12.1 Jawatankuasa Gabngan akan bermesyuarat
sekurang-kurangnya sekali dalam tiga (3) bulan.Mesyuarat-mesyuarat akan
dipanggil oleh Setiausaha Kehormat dengan arahan Pengerusi.Beliau hendaklah
mengedarkan surat-surat pemberitahu mesyuarat selewat-lewatnya tujuh (7)hari
sebelum mesyuarat dijalankan.
12.2 Korum mesyuarat ialah sekurang-kurangnya
separuh (1/2) daripada jumlah Ahli Jawatankuasa Gabungan.
12.3 Seseorang Ahli Jawantankuasa Gabungan
yang tidak menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Gabungan tiga (3) kali
berturut-turut tanpa memberi sebab yang memuaskan akan dianggap sebagai telah
meletakkan jawatan di dalam jawatankuasa.Jika ada Ahli Jawatankuasa meninggal
dunia atau meletakkan jawatan,maka Mesyuarat Jawatankuasa Gabungan bolehlah
melantik seorang itu sehingga pemilihan yang akan datang.
13. KEWANGAN
13.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan
yang berikut bagi peraturan ini.wang Gabungan ini boleh digunakan untuk perkara
yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Gabungan,termasuklah belanja
pentadbiran,bayaran gaji,biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan
kakitangan yang bergaji,dan upah memeriksa kira-kira,tetapi walau bagaimanapun
tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan
hukuman di mahkamah.
13.2. Sesuatu perbelanjaan yang tidak melebihi
RM5,000.00 diluluskan oleh Pengerusi atau Setiausaha Kehormat.Jila perbelanjaan
melebihi RM5,000.00 hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa
Gabungan.Perbelanjaan yang melebihi RM 50,000.00 hendaklah diluluskan dalam
Mesyuarat Agung.
13.3 Cek-cek Gabungan mesti ditandatangani
bersama oleh Bendahari dengan salah seorang dari Pengerusi atau Setiausaha.
13.4 Penyata dari hal wang yang diterima dan
dibelanjakan berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan
oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik mengikut
Fasal 14 undang-undang ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan.Penyata
kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan
Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah dibekalkan
untuk maklumat semua ahli di tempat urusan bagi Gabungan.
13.5 Tahun Kewangan Gabungan ini bermula dari
1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.
14. PEMERIKSA
KIRA-KIRA
14.1 Dua orang yang bukannya pengawai Gabungan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemerika Kira-Kira Kehormat.Mereka akan memegang jawatan selama tiga(3)tahun dan tidak boleh dilantik semula.
14.2 Pemeriksa Kira-kira bertanggungjawab memeriksa penyata kira-kira yang disediakan oleh Bendahari bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.Juruaudit akan memeriksa buku kira-kira sekurang-kurangnya SEBULAN sekali.Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa kira-kira Gabungan bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatannya dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Gabungan.
15. PINDAAN
PERLEMBAGAAN GABUNGAN
Sebarang pindaan berkenaan dengan perlembagaan ini hanya boleh dibuat dalam Mesyuarat Agung yang dihadiri oleh sekurang-kurangnya separuh(1/2)daripada jumlah ahli-ahli Gabungan.Pemohonan untuk Perubahan atau tambahan atau pindaaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar selewat-lewatnya dua puluh lapan(28) hari setelah Mesyuarat Agung diadakan.Kuat kuasa tidak boleh dijalankan sebelum menerima kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan.
16. PENGURUS
HARTA-BENDA GABUNGAN
16.1 Semua harta-benda Gabungan ini hendaklah didaftarkan atas nama Gabungan ini dan dibawah jagaan Pengerusi,Setiausaha serta Bendahari Gabungan ini.
16.2 Pengurus harta-benda tidak boleh menjual,mencagar,
tukar-menukar,memulangkan harta kepunyaan Gabungan dengan apa jua cara pun tanpa persetujuan dan kuasa yang diberi oleh Mesyuarat Agung.
16.3 Nama-nama Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari hendaklah dilantik dan didaftarkan di bawah Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966.
17. LARANGAN
17.1 Gabungan ini tidak boleh mempunyai apa-apa
perhubungan dengan luar negara.
17.2 Permainan
yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah
Gabungan:Roulette,Lotto,Fan Tan,Poh Peh Bin,Belangkai,Pai kau,Tau Ngau,Tien
Kow,
Chap Ji Kee,Sam Cheong,Dua Puluh Satu,Tiga
Puluh Satu,Sepuluh dan Setengan,semau permainan dadu,Banker’s game,Video Game
dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.
17.3 Gabungan atau ahli-ahlinya tidak boleh
mencuba menghalang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga
barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja yang
diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja.1959
17.4 Gabungan ini tidak boleh menjalankan
loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak,atas nama Gabungan atau
pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak
berkuasa berkenaan.
17.5 ‘Faedah’mengikut tafsiran yang
diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan.1966 tidaklah boleh diberi oleh
Gabungan kepada mana-mana ahli Gabungan ini.
18. TAFSIRAN
18.1 Di antara berlangsungnya
mesyuarat-mesyuarat Agung Jawatankuasa boleh memberitahu tafsirannya kepada
undang-undang ini dan Jawatankuasa jika mustahak boleh memutuskan
perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
18.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan
atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat
Agung,keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak
diubah oleh keputusan mesyuarat Agung.
\
19. PEMBUBARAN
19.1 Gabungan ini tidak boleh dibubarkan
secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada
jumalh ahli-ahli yang berhak mengundi dan hadir dalam satu mesyuarat Agung yang
dipanggil khas kerananya.
19.2 Sekiranya Gabungan hendaklah dibubarkan
secara yang disebut di atas maka segala hutang dan tanggungan Gabungan yang sah
mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan bakiu wang yang tinggak
hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujukan dalam mesyuarat Agung
tersebut.
19.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran ini
hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari daripada
tarikh pembubaran itu.
20. LAMBANG
20.1 Rekabentuk lambang
Gabungan ini adalah berupa satu bulatan warna merah dengan latar belakangnya
berwarna kuning dan terdapat satu bunga raya berwarna merah di tengah bulatan
serta perkataan nama penuh Gabungan dalam bahasa Malaysia dan Cina di dalam
bulatan tersebut.
20.2 Makna Lambang
20.2.1 Warna merah bulatan lambang
Gabungan adalah bermakna keberanian
20.2.2 Warna kuning latar
belakang bermaksud kepermaian dan kegemilangan
20.2.3 Warna biru nama
Gabungan dalam Bahasa Cina membawa erti keamanan
20.2.4 Bunga raya di tengah
pula bermakna taat setia kepada negara.